Thursday, June 30, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah~

akhirnya aku baru dapat buka
thanks tu Itik Kuning sebab tolong bagi link yang ajar nak buka
dashboard blogger ni

memang agak lembab aku ni
bz sikit hari ni



bersyukur dengan apa yang kita peroleh

Assalamualaiku~

sekali lagi aku nak update entri baru
untuk bacaan pembaca2 yang sudi singah ke blog ni
lagipon sekarang ni time rehat
jadi memang sesuai la kalau nak update entri
huhuhu

so apa yang aku nak cakap adalah
kita hendaklah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang
tak perlu lah terlalu demand
dan berlebih lebihan dalam mengkehendaki sesuatu

sebagai contoh macam nak cari kerja
terutama bagi graduan2 degree yang
baru graduate. kalau2 korang dah dapat interview
dan juga diterima untuk bekerja tu
kerja lah... jangan memilih sangat
ambil itu sebagai patform untuk timba pengalaman
kemudian kalau rasa tak sesuai
carilah kerja yang lebih baik

(^_^)


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian

i) Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya.

ii) Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain.

iii) Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

iv) Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan "alhamdulillah" di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.

v) Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.

sumber dari JAKIM

Wednesday, June 29, 2011

google page rank aku = 3



biar betul?

maybe ni semua adalah gara2..............
bukan 'gaara' dalam naruto la
tapi gara2 entri aku pasal
soundtrack nora elena kot

tak apa la...
lagi pon bukan ini yang aku kejar
hehehe

mode: ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku
(aku bukan cerita pasal atas ni tau)

Wordless Wednesday #7



Assalamualaikum pembuka bicara


Tuesday, June 28, 2011

nak pakai antivirus baru

Assalamualaikum

sekarang time rehat kerja
jadi boleh la aku update entri baru
kan3?

laptop aku ni tetibe terasa macam berat je
berat dengan anasir2 yang tidak baik
berat dengan virus2 yang boleh merosakkan seluruh sistem komputer

adussss....apa yang perlu aku lakukan
adakan antivirus sekarang tidak dapat menangani semua ni
adakan antivirus yang aku ada sekarang ni
mampu untuk protect
mampu untuk selamatkan
seluruh system dan khazanah
dalam laptop aku ni

so, apa software antivirus baru yang aku perkatakan tu?
ada ke kat pasaran sekarang?
hehehe....
buat masa ni tak de lagi la
tapi kot2 ada yang nak develop
apa salahnya....
boleh jadi antivirus pertama Malaysia
MADE IN MALAYSIA

nak tahu nama antivirus ni?
.
.
.
.
.
BERSIH 2.0
(peace)

mode: gua nak berehat dulu

Monday, June 27, 2011

Der, side mirror gua pon lu nak rembat ka?





Panas2
gua memang tengah panas
berbulu hati gua
(eh, berbulu hati? ah, lantak la...haha)

opsss,,, tengok panas punya pasal sampai gua lupa bagi salam
ish3....

Assalamualaikum~

cerita dia macam ni
gua nak balik jb pagi tadi
tapi pagi2 area KL hujan
nak buat camne pasal gua pon rider
kalau naik kereta tak pe gak la

nak di jadikan cerita
dalam pukul 10++ gua nak gerak pulang la
rumah gua pon jenis quaters kerajaan kat putrajaya tu
so, gua turun2 menuju ke motor,
tiba2 gua rasa pelik

apesal lain macam je motor gua ni
apa yang peliknya
Ya Allah........
side mirror gua hilang
patut la rasa kosong je
mau tak panas time tu
siapa punya kerja la pergi rembat side mirror gua ni
mentang2 side mirror gua ni ada nilai2 estetika

gua dah pikir2, nasib baik side mirror je yang hilang
kalau motor kesayangan gua tu yang hilang
mau mengamuk gua kat situ
sampai 7 keturunan pencuri tu gua cari
(ayat nak best je)

ni la side mirror gua yang kena rembat tu...
gua tau la smart
lu rembat baca bismillah tak?
siap ada sticker basmalah lat depan tu

terpaksa gua ganti ngan yang baru
dah la besor... macam telinga gajah dah gua tengok
kecik beso kecik beso je gua tengok side mirror ni

gua kena headshot!!!



Assalamualaikum~

akhirnya dalam kul 3 tadi gua dah selamat sampai ke JB
penat gak la
mana tak nya, gua kan rider
tapi bukan rider motor2 besar la
moto kecik je...hahaha
LC.....bukan laju mana pon

ok2...meh gua straight to the point
nak di jadikan cerita
time gua tengah sedap2 ride
sedap2 menikmati keindahan alam
sedap2 melayan perasaan
sambil mendengar lagu faizal tahir (gua pakai ear phone)

tiba-tiba!!!!

pang!!!!!!!
gua kena headshot
ddekat mana lagi kalau dah headshot
kat kepala otak la...haha

selamba adap je "dia" headshot gua
nasib baik gua pakai protection
kalau tak mau ber"pinau" muka gua yang suci ni

meh gua tunjuk bukti kalau lu orang tak caya
amacam?
kalau korang kena mesti menyirap satu badan

mode:tensyen2......malam nanti gua update crite panas punya

Sepah a.k.a rockers d lalalitamplom

Assalamualaikum~

waaaa....esok aku dah nak kena pulang JB
cuti kat rumah 2 hari je
rasa tak puas pula
tapi nak buat camne
aku ada kerja yang aku mesti langsaikan

so, sempena kemenangan SEPAH
time maharaja lawak yang lepas ni
aku nak dedicate lagu diorang ni
layan gak aku dengar

dah lama dah dengar
pasal aku layan cerita dia
bujang sepah

so, aku nak korang layan gak la
ok?
layanzzzzz~


Sunday, June 26, 2011

inang-inang? apa tu?

Assalamualaikum~
apa macam petang anda semua?
dah solat?
kalau dah bagus la.....

tengah hari tadi aku ada post satu status kat FB aku
berkaitan dengan inang-inang ni
tu pon pasal time tu aku tengah menjamah
atau menyantap
atau menyuap
inang-inang ni kat mulut aku



tapi apa tu inang-inang ye?
kalau yang dok melaka mesti tahu....kan3
Inang-inang ni sebenarnya diperbuat daripada beras pulut, garam dan sedikit pewarna.
Beras pulut akan direndam dan kemudian dikukus selama setengah jam.
Sedikit pewarna diletakkan supaya ia kelihatan menarik dan cantik.
Inang-inang ni kalau korang nak tahu,
boleh didapati dalam empat warna iaitu
merah, hijau, kuning dan juga oren.
Inang-inang kalau di ikotkan,
sering dihidangkan pada waktu minum petang
caranya nak masaknya adalah dengan
menggoreng seperti orang goreng kopok lekor
amacam? mudah kan?
ni la dia....(sumber google)

Wolverine and the X-Men

Assalamualaikum~

time kat rumah ni
boleh dikatakan rutin harian aku adalah menonton television
kartun la...apa lagi
eh...korang ingat dah beso2
tua bangke macam ni tak boleh tengok kartun ke
hahaha.....

aku tertarik dengan kartun X-Men dekat TV3 ni
tak tau la aku ni yang lembab n baru tahu....

cerita wolverine and the X-Men
tapi bagi aku yang peliknya
bukan US yang buat
tapi Jepun.......

ye...jepun.....
versi jepun...
best ke tak aku kne tengok dulu la
hahaha....layankan aje

ni la dia versi X-Men versi jepun


yang ni pulak...versi original....haha


mode: kebudak2kan sikit

Saturday, June 25, 2011

eh2, apa tu..........

Assalamualaikum~

selamat tiba aku di rumah
dah hampir sebulan aku tak pulang
semenjak start buat RA kat UTM ni

ok....back to da topic...huhu
tadi time perjalanan balik
aku rasa nyaman
cuaca tak panas
sayup2 redup menyelutupi tubuhku ini

tapi..................
ku sangka redup sampai ke petang
rupanya hujan di tengah perjalanan

tapi sebagai seorang rider
aku redah juga dengan berbekalkan baju hujan ku
hujan hanya beberapa minit sahaja

akhirnya aku kelihatan sesuatu yang indah di depan mataku
dan aku teringat kata Seth dan Nora Elena time diorang kat cameron

(gambo search kat google)

seth cakap dekat elena

"inilah pelangi yg paling cantik dan terindah"


"rupanya tuhan turunkan hujan untuk hadiahkan kita dengan pelangi"


(google juga yang dicari)

mode: gua terasa nak berjiwang2 je...hahaha

Friday, June 24, 2011

Hadis Pilihan #1

Assalamualaikum~

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”

(Muslim)

Huraian
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Muslim)


sumber dari JAKIM

Tuesday, June 21, 2011

Nora Elena penyumbang trafik aku



Assalamualaikum~

tak ku sangka
cempedak dah jadi nangka
eh2....bukan ni aku nak cakap sebenarnya

cerita nora elena pon telah habis siarannya
pada kamu2 yang meminati cerita ni
mesti akan merindui pelakon2nya seperti
siti saleha, aaron aziz, dan..................lain2

daripada apa yang aku tengok,
memang cerita ni boleh di katakan menjadi fenomena juga lah
di kaca2 tv rumah masing2
dan juga bagi yang x ada tv tu,
kira di kaca laptop masing2 (download macam aku)

ramai juga yang mencari lagu2 dalam cerita ni
dan sebab itulah, Nora Elena ni menjadi penyumbang trafik
kat blog aku ni walaupon
blog aku ni bukan la tinggi trafiknya
mana tak nya, yang si penulis ni pon......
agak....................
malas juga katakan..............
dok sibuk ngan kerja2 lain
sampai terabai blog sendiri
huhuhu

malu sebenarnya nak tunjukkan pageview ni
tah papekan???
hahaha
gua peduli apa....

adios~

Sunday, June 19, 2011

UTM juara dan naib juara Robocon 2011



Assalamualaikum

tahniah kepada UTM
terutama kepada junior2 robocon
kerana telah mengharumkan
dan menaikkan lagi sekali nama UTM
dengan menjadi

JUARA dan NAIB JUARA pada pertandingan robocon sekali lagi
tahniah!!!
(gambo ni aku amek dari FB En.Sizal...den curi yo...huhu)

Friday, June 10, 2011

konsert berseri masjid menyepi

Assalamualaikum~

korang tengok tajuk po dah tahu kan apa maksud aku
apa yang aku nak sampaikan
perkara macam ni yang di bimbangkan

semakin ramai anak muda
eh jap2....tak kira la anak muda ke orang tua ke budak2 ke
yang lebih berminat untuk ke konsert dari ke masjid

yang terkini pula
pasal isu AF9 ni
aku rasa malu la
sebagai warga putrajaya
yang dah lama menetap disini
kenapa boleh di benarkan benda2 macam ni di buat berdekatan dengan masjid
sebenarnya bukan dari isu AF9 punya konsert akhir je
tapi perkara ni pon dah lama berlaku
banyak aktiviti yang melibatkan konsert
di buat di putrajaya

soalnya sekarang,
kemana perginya rasa hormat dan cinta pada rumah Allah
pastinya nanti kita akan dapat lihat
betapa ramainya orang yang berpusu2
ke konsert dan bukan nya ke rumah Allah

sangat memalukan sebenarnya
dengan yang tua nya, dengan yang muda nya
sepatutnya perkara2 macam ni di ambil iktibar dari yang lepas

walau apa pun, cuba la pihak yang berkenaan
mencari alternatif,
mencari cara untuk mengelakkan
dari mereka tidak menghormati apa yang patut
bukan nak salahkan siapa2
cuma memperingatkan antara satu sama lain

(kalau ada apa2 salah, kami minta maaf na)

~wallahualam~

asal benda ni tak de ek?



Assalamualaikum~

straight to the point
asal benda ni tak de ek kat blok aku dulu
dah 4 tahun dok kat UTM ni
x pernah aku jumpa benda ni
terletak kat blok2 aku
kalau ada boleh gak la
boleh gak la menghilangkan duka lara
serta penat lelah study
(study ke....hahaha)

rupa2nya
benda ni dah ada kat kolej kediaman member aku
baru aku tau
perghhhh....tak up to date langsung aku ni
nak tau apa benda??

ni la bendanya
Fussball table
hahaha
bley r nak battle ngan kawan2
asek battle PES je

Thursday, June 9, 2011

Soundtrack Nora Elena



layan juga buat kerja sambil layan lagu
dari soundtrack Nora Elena ni
tak de la terasa bosan sangat time buat kerja
huhu

meh aku listkan soundtrack atau lagu2
yang ada dalam cerita Nora Elena ni

1) sofaz - dan bila esok
2) asfan - terhenti di sini
3) erry putra & reen rahim -berubah
4) erry putra & reen rahim - jangan kau pergi
5) sarah aqilah - biar hati mencintai

6) sofaz - lagu sesuatu yang berbeza

dalam banyak2 ost ni
yang aku suka ada 3 je
"terhenti di sini"
"berubah"
dan "jangan kau pergi"

kalau sesiapa nak download tu
boleh je download kat www.4share.com

(teknologi google beb...haha)

Tuesday, June 7, 2011

apa korang rasa?



Assalamualaikum~

lambat pulak aku nak update entri baru ni
ye la, sekarang ni aku dah 3 hari berada kat JB
tapi secara spesifiknya dekat UTM
haaaa???? buat apa kat UTM ni
saje je lepak2...borak2 ngan member...buang masa
hahahaha

tak la...aku buat Research Assistance (RA) dekat UTM ni
malas nak cari kerja tu yang buat job ni
tajuk research pon menarik
dan memang aku nak belajar pon untuk future project aku


tapi bukan ni la yang aku nak cerita sebenarnya
yang aku nak cerita sebenarnya pon bukannya apa
pelik tak ayat aku ni? macam merapu je banyak

aku just nak kongsi gambar
dari gambar ni, bermacam2 andaian dan cerita boleh keluar
jom kita tengok..............
ape macam haaa??????

Saturday, June 4, 2011

iniceritaaku - Xmen First Class


Assalamualaikum~

cerita banyak pon x guna lah
ini review pertama aku
pasal X-Men First Class
not Second Class Upper ok


bagi peminat2 x-men
korang mesti x nak lepaskan peluang untuk menonton movie ni
ye la...cerita ni pon berkisar tentang
sebelum kewujudan x-men lagi

macam mana Xavier a.k.a Prof-X jadi member baik dengan
Eric a.k.a Magneto
macam mana diorang2 ni dapat nama
macam mana adanya "sekolah mutan"
macam mana magneto menjadi jahat
macam mana Prof-X ni boleh lumpoh
macam mana dapatnya topi yang Magneto pakai
berapa banyak macam mana daaa

cerita yang menarik
cuma minit2 awal agak bosan sikit
pasal banyak bercerita
tapi itu juga menjadi penentu jalan ceritanya

so....cakap banyak pon x guna
korang2 pergi la tengok

Jambu Maharaja Lawak

Assalamualaikum~

semalam dah habis 1 lagi episod bagi maharaja lawak
tapi aku tak dapat tengok la
tak pe2....hari ni masih ada peluang lagi nak tengok

tapi bukan ni yang aku nak cerita
huhuhuh....
sebenarnya dalam kelas aku pon
ada juga yang macam jambu ni
nak tengok siapa
huhu.....
ni dia
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


(huhuhu....untuk "ketumbuhan", sila klik kat gambo tu ye)



~PEACE~

if( Adinda Milano Evans && Gambit Saifullah)

Assalamualaikum~

sebenarnya aku tak nak la tulis pasal hal2 macam ni
memang dah ramai sangat blogger2
tulis dan menyatakan ketidak puasan
atas "kebodohan" dan "ketidak akalan" mereka ni

bukan setakat blogger je
tapi orang biasa pon naik jelek
dan marah bila melihat perkara macam ni
benda yang sangat memalukan

ini semua berpunca apabila
kita tidak berfikir panjang dalam mengeluarkan
sesuatu "statement"

back to basic
back to Al-Quran dan As-Sunnah
back to Islam

wallahualam

Friday, June 3, 2011

aku vs nora elena

Assalamualaikum~
aku rasa dah ramai juga blogger buat entri pasal ni
pasal budak nora elena ni...
hahaha....tapi aku peduli hapa...
aku nak buat gak....

mula2 dulu tak de la minat mana
bila tengok adik aku buka cerita ni
lagipon aku tengok 15 minit yang terakhir je
tiba2, aku tengok ramai pula yang buat status
pasal cerita ni...
best ke cerita ni

ada juga yang cakap cerita ni kira macam
setanding dengan cerita Adamaya dan juga Nur Kasih
haha....macam best je

jadi aku cuba la tengok sikit2
tiba2 terasa nak download....
apa lagi...dengan link download yang aku jumpa kat internet,
aku pon download la dari episod 1 sampai yang latest aku tengok

boleh tahan best la juga....
tersenyum2 melihatnya....
nak2 lagi yang baru ni
time diorang honeymoon kat cameron
hahahahaha

~the end~
(aku malas nak cerita panjang)

ce korang tengok status aku ni



apa2 pon jangan sampai solat korang terabai pula bila tengok cerita ni
solat tetap kena solat tau