Tuesday, July 26, 2011

Musim Durian...perghhhh WW#12





biar gambar berbicara

bubur durian

tukang masak (bukan aku ye)


p/s: maaf lama tak update...gua pening kepala sket

Thursday, July 14, 2011

hari khamis = hari lelong time









Assalamualaikum

hari ni adalah hari khamis
ye betul
hari khamis
tak caya?
tengok la kalendar tu nye punnn

tapi ada apa pada hari khamis ni?
haaaaa
itu yang menjadi persoalannya
terutama apa event yang best bila hari khamis kat UTM ni

jawapannya adalah
.
.
.
.
.
.
.
LELONG DAY!!!!

ye....hari untuk pihak Harta Bina UTM melelong barang2
yang dah di pakai lagi di UTM
harga toksah cerita la
memang murah
aku beli sofa single ni
rm5 satu.. jadi aku angkat 4
tapi kena repair sikit la
cuma bagi aku berbaloi gak
huhuhu

meh kita tengok rentetan kami2 meng"make over" sofa ni
ni sebelum di baraikan

dah start operate dah ni

kain murah je gua n kengkawan beli

RM10 semeter....(duit tak dok)

tadaaaa!!!!! dah siap


nota kaki aku: segan gak pergi KAMDAR beli kain...almaklumlah...lelaki...hahaha

Monday, July 11, 2011

macam ni kot yang diorang nak

Assalamualaikum~

aku just nak highlight 1 berita dari MyNewsHub

15,000 Peminat Serbu Konsert GIG TV9!


ni sedikit petikan dari artikel yang aku baca ni

"Memang gempak! Itu yang mampu GUA ungkapkan tentang festival indie dan muzik rock terbesar di Malaysia, GIG TV9 yang telah berlangsung pada Sabtu dan Ahad yang lalu. Seramai lebih 15, 000 dari kalangan generasi muda membanjiri i-City, Shah Alam bagi menyaksikan secara langsung persembahan dari artis-artis indie dan ‘rocker legend’ tempatan."

“Alhamdulillah, sambutan malam ini memang cukup membanggakan. Saya rasa program sebegini memang bagus dan harus diteruskan kerana ia boleh menggalakkan pembangunan industri muzik tempatan. Saya lihat, rata-rata yang hadir adalah kalangan remaja yang merupakan perintis untuk membangunkan sesebuah negara. Jadi, bagi saya amatlah penting program sebegini demi menarik golongan remaja sekaligus membantu dalam perkembangan pembangunan industri muzik tanah air Malaysia.”

kalau nak baca cerita dengan lebih lanjut dan jelas korang klik je link ni
http://mynewshub.my/bm/2011/07/11/15000-peminat-serbu-konsert-gig-tv9/

macam ni kot yang di katakan dengan perhimpunan "aman"
boleh "enjoy2"
boleh "pegang2"
bloeh "joget2"
baru la "AMAN"

jangan asek nak dok berhibur je


Wednesday, July 6, 2011

Chelsea,Arsenal,Liverpool tour Malaysia tickets


Assalamualaikum~

sekarang gua nak straight to the point ye
ni pon just tolong member
dan boleh juga la gua nak update blog gua ni

member gua ada 3 tiket untuk perlawanan yang di nanti2kan oleh peminat bola sepak
iaitu Malaysia menentang Chelsea, Arsenal dan Liverpool
so, dia nak jual 1 tiket bagi 1 perlawanan
maksudnya

Malaysia vs Chelsea - 1 tiket
Malaysia vs Arsenal - 1 tiket
Malaysia vs Liverpool - 1 tiket

harga boleh nego
kalau nak, korang boleh contact
0129401417 (ejat)

nak info: http://www.mudah.my/Chelsea+Arsenal+Liverpool+tour+Malaysia+tickets-10457878.htm?last=1





Wordless Wednesday #9



Assalamualaikum~

Wordless Wednesday #8

Asslamualaikum~



info: klik gambar untuk info~

mode: mencari ketenangan abadi





Tuesday, July 5, 2011

apabila benda paling berharga kita hilang

Assalamualaikum~

tadi hasil borak2 dengan member aku kat cafe, maka terjadilah dialog seperti berikut


suatu hari di balai polis untuk membuat report

mr. z: Asssalamualaikum encik. saya datang ni nak buat report

pak polisi: report apa tu. ce cite ce cite

mr. z: malas cite r cik. saya isi je la form untuk buat report tu...bley ek? ek? ek?

pak polisi: ish budak ni. cube la kome cerite dulu. baru la isi lepas tu.

mr z: yela2. macam ni ceritanya....benda ni dah lama saya fikirkan dan tercari2.. tapi masih tak jumpa2. saya risau sangat. ye la, benda ni bagi saya adalah benda paling beharga dalam hidup saya. tu yang saya datang nak buat report ni. kot2 boleh la dapat kalau2 buat report kat balai ni

pak polisi: abih tu benda apa yang beharga sangat yang ko hilangkan tu? emas? duit?

mr z: masa depan saya.

pak polisi: . . .



seperti mana ayat yang kita selalu sangat dengar, "kita hanya merancang, Allah yang menentukan. sebagai manusia, kita seharusnya merancang perjalanan hidup kita sebaik2nya dan perancangan itu mestilah berlandaskan agama Islam dan janganlah apabila kita mengkehendakkan sesuatu, kita sanggup untuk mengenepikan hukum Allah.

usaha dan terus usaha agar kita memperoleh masa depan yang kita kehendaki






kerjaya atau pelajaran

Assalamualaikum~

sepanjang siang hari ni tak sempat aku nak menjengah FB mahupon blog
pasal tengah nak menyiapkan proposal master
dan juga ada urusan dengan penyewa
huhu....so malam ni la baru aku dapat update
haisshhhh.....makin sikit la view blog aku ni pasal update pon sikit

so berbalik kepada persoalan di atas
yang aku mesti tanya pada diri aku sendiri
kira macam dalam dilema jugak la

antara kerjaya dan juga pelajaran

mode: tak de mood sangat nak update entri





Monday, July 4, 2011

semua sekarang nak 3D

Assalamualaikum~

hari ni tak sempat aku nak update ape2
mana taknya...pagi masuk kerja
study sket2....pastu keluar pergi berurusan dengan seseorang
then balik continue study

so malam ni aku nak update gak la entri
satu pon jadi la

apa yang aku tengok sekarang ni
teknlogi dah semakin maju
kalau boleh semua benda nak 3D

eh2....kejap2
aku bukan cakap pasal transformer 3D tau
yang tu memang dah sah2 best
tapi ni lagi best

betul....bagi aku super best
tapi tak tahu la bagi korang macam mana
yang aku nak cakap adalah pasal

scanner dan printer 3D
ye....scan sesuatu barang, dan print secara 3D
jadi barang tu semula
seolah2 kita duplicate la kiranya
benda ni teramatlah sesuai
apabila korang nak melihat benda yang korang dah design dalam keadaan yang real

betul........
tak caya lagi????
tak pe2...aku provide link video ni
korang boleh la tengok kalau nak

3D Printer - The Green Engineer


amacam???? best???

Saturday, July 2, 2011

kalau time aku kecik2 ada benda ni kan best

Asslamualaikum~

best cuti?
mesti la best...
dapat dok rileks2
tenangkan fikiran
rehatkan minda

huhuhu...
tapi aku tak berapa nak macam tu la
pasal masih ada kerja2 yang mesti di langsaikan

ok2....
aku ada terlihat satu benda ni
perghhhh!!!!!
memang bila sekali aku tengok terus tertarik
tapi nak buat camne
benda ni pon di reka untuk budak2 kecik

kan bagus kalau diorang ni dah reka benda ni awal2 dulu
bley gak la aku bawak main
bawak pergi sekolah ke
dapat gak la nak poyo2 sikit kat kawan2

benda yang aku maksudkan adalah
"Kid Walker Exoskeleton"


ingat askar je ada exoskeleton ni
budak2 pon ada r....

exoskeleton ni di reka oleh
Japanese company Sakakibara Kikai
tinggi dia kira 5 1/4 kaki
dan berat dia dalam 400pound
dan benda ni senang untuk di kemudi oleh budak2

kos nak buat benda ni bukan mahal mana
alaaa dalam 21000usd je...
murah kan?
kan kan kan...huhu

ni video dari Utube kalau korang2 nak tengok la
http://www.youtube.com/watch?v=KR-lmtBryl0&feature=player_embedded

mode: teringin nak naek benda ni





Friday, July 1, 2011

sumber pendapatan blog gua

Assalamualaikum~

so...apa macam minggu korang
ada best? cuti hujun minggu baru nak mula
apa plan hujung minggu?
tak kan update blog je???

kan3....huhu
gua nak cerita pasal pendapatan blog gua
tapi pendapatan apa?
bukan pendapatan duit la
tapi pendapatan "referrals" untuk blog gua
saja je nak jenguk2
almaklumlah
guan ni bukan blogger tegar sangat
huhuhu

so, untuk referrals site ni, gua guna dari blogger je...senang sket...huhu

tahniah la buat yang dapat no 1 tu
gua pon terkejut jugak
pasal gua rasa tak pernah lagi blogger lain yang jadi referral gua ni
dapat setinggi tu....perghhh...tq2 pasal letak blog gua dekat lu punya bloglist
walaupon blog gua ni x best dan x de kaitan pon dengan lu punya blog punya cerita
tapi gua nak cakap thanks juga la bro/sis

yang amat mengagumkan gua adalah
referral dari google.com
pergghhhhh.....kalah facebook tu yang gua dok hari2 ping
ni gau tahu pasal apa
thanks juga la dekat cerita Nora Elena ni
heheh (gua pon peminat cerita Nora Elena)

last skali gua nak cakap
thanks pada yang support blog gua
thanks pada yang sudi baca
dan thansk juga pada yang sudi letak dalam lu orang punya bloglist
gua really appreciate


mode: PEACE YO!!!!




Hadis Pilihan #2

Assalamualaikum
salam jumaat

di hari jumaat yang mulia ni
mari kita sama2 renungkan
1 lagi hadis yang telah saya pilih
untuk di renung dan di fahami bersama

Lestarikan Kemerdekaan Dengan Perpaduan
Hadith :
Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:”Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan. “


(Bukhari)

Huraian:
Malaysia selaku negara yang merdeka dan berdaulat dengan Islam dijadikan sebagai agama rasmi dan umatnya sebagai penduduk majoriti merupakan suatu nikmat terbesar yang harus disyukuri oleh umat Islam di negara ini. Bagi mengekalkan keamanan dan kemerdekaan tersebut, semangat perpaduan antara umat Islam adalah faktor terpenting malah ia merupakan senjata yang paling ampuh dalam memastikan kedudukan Islam tidak terpinggir, ditelan oleh arus kemajuan dan pemodenan yang dipenuhi dengan segala kenikmatan yang melalaikan. Bahkan seharusnya selaku umat yang terbaik kita hendaklah sentiasa tegas dan berpegang pada prinsip Islam yang mahukan umatnya maju dan merdeka dalam segala aspek termasuklah merdeka daripada sebarang perkara yang menyesatkan jiwa dan minda atau dalam ertikata lain aqidah tidak terjajah dan minda tidak terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang sesat. Maka dengan dengan wujudnya keutuhan ummah dalam sebuah negara Islam yang merdeka, agama Islam juga hendaklah didaulatkan agar berkembang selari dengan keadaan dan zaman supaya nanti kemakmuran negara makin bertambah dan mendapat keredhaan daripada Allah, sesuai dengan ciri-ciri yang disebutkan di dalam al-Quran yang maksudnya: ”negeri yang baik (aman dan makmur) dan mendapat pengampunan Allah.” (Saba’: 15). Malah lebih daripada itu, segala apa yang berlaku di negara-negara Islam lain yang menghadapi tregedi-tragedi peperangan, penderitaan akibat kebuluran, pecah belah dan hura-hara harus diambil pengajaran oleh kita semua agar tidak ditimpa nasib yang sama.

sumber dari JAKIM