Sunday, May 29, 2011

jauh berbeza dan tidak sama

Assalamualaikum~

selesai sudah 2 event yang di kira besar
tapi berbeza dari segi pengisiannya
semalam aku bersama rakan aku telah hadir ke
kuliah Ustaz Azhar Idrus di masjid ar_Ridhuan
di ulu klang
memang ramai.....
sangat berbeza bila kita lihat dan banding dalam keadaan biasa
kuliah lepas maghrib
tapi sebelum maghrib sudah di penuhi orang manusia yang dahagakan ilmu
ilmu akhirat
banyak input yang di terima
sekurang2nya dapat membuka minda kita
membuka hati kita
insyaallah~


tapi berbanding dengan event lagi satu
yang juga aku datang bersama rakan aku
iaitu perlawan M.U vs Barca
yang juga ramai
juga meriah
tapi pengisiannya tidak seperti di atas
jauh berbeza
kita sendiri dapat menilainya apabila kita sendiri mengalaminya



semoga selepas ini aku akan lebih rajin
lebih rajin dan istiqomah dalam menghadirkan diri
ke majlis2 ilmu di mana kita mencari bekalan akhirat kita

peringatan kepada semua termasuklah diri aku sendiri
yang sering kali alpa....


INSYAALLAH


(pandangan dan pendapat dari akal yang kerdil lagi hina)


Saturday, May 28, 2011

Champions League Final 2011- MAN UTD vs BARCELONA

Assalamualaikum~

ni mesti perlawanan yang di nantikan
terutama bagi peminat Manchester United
dan juga
peminat Barcelona

so apa lagi...
sesiapa yang berkesempatan
jom la pergi Wembley Stadium

tapi mesti korang tak berkesempatan kan?
lepak mapley tengok bola sudey

agak2 korang siapa yang bakal menang?

Wednesday, May 25, 2011

Sunah Sakura Tanya Best Ke Header Aku?

Assalamualaikum~

tadi saja la jenguk2 kat UTM blogger
tiba2 nampak la da 2 orang ni dok tengah sibuk2 cakap pasal header
so, borak punya borak last2
kak sunah pon cakap dia nak buat segmen untuk header
jadi apa lagi....gua punya blog pon tak terupdate
gua pon join la ini segmen


ni header sunah suka sakura


ni header blog gua

header ni gua buat sendiri
tapi yang specialnya, gua dapat khidmat nasihat dari seorang blogger
haha...blogger yang tidak asing lagi
blogger yang menganjurkan segmen ni....

jadi apa lagi? kalau rasa2 ada kritikan ke
komen ke
bagi je....gua terima seadanya.........

Saturday, May 21, 2011

perasan??? eh tak perasan pon~

Assalamualaikum~

macam mana la aku boleh lupa~
masuk ni dah 2 kali berulang~

road tax aku dah lama mati rupenye~
aigoo~
dah la aku balik rumah lalu highway hari ni~
selamber dek je aku redah highway tanpa sebarang perasaan~
haha~
dah la tadi ada roadblock~
seb baek time aku lalu diorang tgh start kemas nak balik~
kalau tak kompom2 kena saman~
rm300 tuuuuuu~

(google bagi kat gua)

(sedang mengambil pengajaran semula agar aku tidak mengulangi kesalahan ini buat kali ke-3)

Friday, May 20, 2011

Alhamdulillah~

Alhamdulillah~
impian selama 8 semester tercapai~
terima kasih pada semua yang mengajar & membimbing aku terutama pada semester ini~
walaupon aku kadang2 kurang memberi tumpuan dalam kelas~
semester kali ini memberi sinar buat diriku~
ku bersyukur kepada Allah~
tq Dr Yeong, Prof Sham, Dr Rosbi, En Zuraimi, dan Dr Sharul~
4flat yang ku impikan terpampang di depan mataku
Alhamdulillah

Thursday, May 19, 2011

serius first time~



macam2 gaya dah pernah aku lihat
ada yang terlentang
ada yang meniarap
dan juga ada yang mengiring

opsss.....sebelum tu terlupa plak nak bagitahu
apa yang aku sebut sebelum ni adalah gaya tidur
tak kiralah orang ke haiwan ke
semuanya ada gaya tidur masing2

tapi apa yang membuatkan aku nak menulis entri ni?
sebenarnya macam ni....

3 hari yang lepas,
macam biasa la kalau orang belum balik rumah dan masih di U lagi,
malam mesti la keluar makan ngan kawan2
jadi kitorang pon apa lagi,
makan kat ayam penyet r
(balik2 ayam penyet...aku pon dah tak tau nak makan apa)

masa nak bayar tu tiba2....



aku ternampak seekor kucing ni...
perghhh....comel tu memang la comel
tapi tak secomel aku la (hahahahahahahahahaha)

gaya kucing ni tidur...haissshhhh
bukan main unik lagi
aku pon tak pernah lagi nampak kucing tidur macam tu...
nak tengok macam mana dia tidur??

macam ni........
amacam?

assalamualaikum~

Monday, May 16, 2011

Yey dah siap,tapi.............

Assalamualaikum~

lama gak la aku tak menulis ni
ayat sama juga berulang2 kali
haishhh
tak tahu la pasal apa
maybe mood kurang kot
yela...keja lain belum settle lagi
hahaha

thesis aku dah siap jilid
tapi apakan daya
tiba2 supervisor aku pula tak da sampai khamis ni
baru nak pulang ke pangkuan keluarga terchinta
sabo2....jumaat atau sabtu akan ku runner jugak ke rumah
insyaallah~

Tuesday, May 10, 2011

Apa yang perlu buat lepas habis sesuatu paper?

TIDO!!!!


hahaha...tapi aku tak boleh tido...
apa pasal la ni.......




(entri sengal dari aku...harap maklum)

Friday, May 6, 2011

Penternak yang berjaya

Assalamualaikum~

haisshhh....ni adalah post pertama aku untuk bulan mei ni
haha...apa daa....lama gila tak post entri
bukannya apa...aku sekarang bz menjalankan perniagaan "PENTERNAKAN"

kecil kecilan je pon....modal ciput...
hahaha....



sebenarnya aku telah berjaya menternak
lebih dari 1000 ekor virus dalam laptop aku
adooiii......sengal gak aku ni
ni semua gara2 nak siapkan thesis la ni
lepas je aku install "adobe reader pro" terus jahaman laptop aku
hahaha

nasib baik semuanya telah di back up...
tapi back up pon still ade virus dalam external hard disk
so...terpaksalah aku clean kat PC member....hehehe

sekarang aku dah format laptop...
malas nak fikir panjang


~wassalam~