Saturday, July 2, 2011

kalau time aku kecik2 ada benda ni kan best

Asslamualaikum~

best cuti?
mesti la best...
dapat dok rileks2
tenangkan fikiran
rehatkan minda

huhuhu...
tapi aku tak berapa nak macam tu la
pasal masih ada kerja2 yang mesti di langsaikan

ok2....
aku ada terlihat satu benda ni
perghhhh!!!!!
memang bila sekali aku tengok terus tertarik
tapi nak buat camne
benda ni pon di reka untuk budak2 kecik

kan bagus kalau diorang ni dah reka benda ni awal2 dulu
bley gak la aku bawak main
bawak pergi sekolah ke
dapat gak la nak poyo2 sikit kat kawan2

benda yang aku maksudkan adalah
"Kid Walker Exoskeleton"


ingat askar je ada exoskeleton ni
budak2 pon ada r....

exoskeleton ni di reka oleh
Japanese company Sakakibara Kikai
tinggi dia kira 5 1/4 kaki
dan berat dia dalam 400pound
dan benda ni senang untuk di kemudi oleh budak2

kos nak buat benda ni bukan mahal mana
alaaa dalam 21000usd je...
murah kan?
kan kan kan...huhu

ni video dari Utube kalau korang2 nak tengok la
http://www.youtube.com/watch?v=KR-lmtBryl0&feature=player_embedded

mode: teringin nak naek benda ni





Friday, July 1, 2011

sumber pendapatan blog gua

Assalamualaikum~

so...apa macam minggu korang
ada best? cuti hujun minggu baru nak mula
apa plan hujung minggu?
tak kan update blog je???

kan3....huhu
gua nak cerita pasal pendapatan blog gua
tapi pendapatan apa?
bukan pendapatan duit la
tapi pendapatan "referrals" untuk blog gua
saja je nak jenguk2
almaklumlah
guan ni bukan blogger tegar sangat
huhuhu

so, untuk referrals site ni, gua guna dari blogger je...senang sket...huhu

tahniah la buat yang dapat no 1 tu
gua pon terkejut jugak
pasal gua rasa tak pernah lagi blogger lain yang jadi referral gua ni
dapat setinggi tu....perghhh...tq2 pasal letak blog gua dekat lu punya bloglist
walaupon blog gua ni x best dan x de kaitan pon dengan lu punya blog punya cerita
tapi gua nak cakap thanks juga la bro/sis

yang amat mengagumkan gua adalah
referral dari google.com
pergghhhhh.....kalah facebook tu yang gua dok hari2 ping
ni gau tahu pasal apa
thanks juga la dekat cerita Nora Elena ni
heheh (gua pon peminat cerita Nora Elena)

last skali gua nak cakap
thanks pada yang support blog gua
thanks pada yang sudi baca
dan thansk juga pada yang sudi letak dalam lu orang punya bloglist
gua really appreciate


mode: PEACE YO!!!!




Hadis Pilihan #2

Assalamualaikum
salam jumaat

di hari jumaat yang mulia ni
mari kita sama2 renungkan
1 lagi hadis yang telah saya pilih
untuk di renung dan di fahami bersama

Lestarikan Kemerdekaan Dengan Perpaduan
Hadith :
Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:”Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan. “


(Bukhari)

Huraian:
Malaysia selaku negara yang merdeka dan berdaulat dengan Islam dijadikan sebagai agama rasmi dan umatnya sebagai penduduk majoriti merupakan suatu nikmat terbesar yang harus disyukuri oleh umat Islam di negara ini. Bagi mengekalkan keamanan dan kemerdekaan tersebut, semangat perpaduan antara umat Islam adalah faktor terpenting malah ia merupakan senjata yang paling ampuh dalam memastikan kedudukan Islam tidak terpinggir, ditelan oleh arus kemajuan dan pemodenan yang dipenuhi dengan segala kenikmatan yang melalaikan. Bahkan seharusnya selaku umat yang terbaik kita hendaklah sentiasa tegas dan berpegang pada prinsip Islam yang mahukan umatnya maju dan merdeka dalam segala aspek termasuklah merdeka daripada sebarang perkara yang menyesatkan jiwa dan minda atau dalam ertikata lain aqidah tidak terjajah dan minda tidak terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang sesat. Maka dengan dengan wujudnya keutuhan ummah dalam sebuah negara Islam yang merdeka, agama Islam juga hendaklah didaulatkan agar berkembang selari dengan keadaan dan zaman supaya nanti kemakmuran negara makin bertambah dan mendapat keredhaan daripada Allah, sesuai dengan ciri-ciri yang disebutkan di dalam al-Quran yang maksudnya: ”negeri yang baik (aman dan makmur) dan mendapat pengampunan Allah.” (Saba’: 15). Malah lebih daripada itu, segala apa yang berlaku di negara-negara Islam lain yang menghadapi tregedi-tragedi peperangan, penderitaan akibat kebuluran, pecah belah dan hura-hara harus diambil pengajaran oleh kita semua agar tidak ditimpa nasib yang sama.

sumber dari JAKIM