Tuesday, October 18, 2011

Bermula lembaran baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sekarang bermulalah lembaran atau tirai baru bagi blog aku ni. Update-update selepas ini adalah lebih menjurus kepada perkongsian teknologi-teknologi automation dan juga robotik yang akan aku olah sebaik mungkin mengikut kefahaman aku (perghh....tulis skema beb)


nota kaki robot: gua kena belajar tulis skema..haha

Monday, October 17, 2011

Membuat Perubahan Besar

Assalamualaikum~

sebenarnya aku dah kekurangan
atau dengan kata lain
aku dah tak ada idea untuk menulis blog lagi

tapi akhirnya aku mendapat 1 ilham
aku ingin membuat perubahan besar terhadap blog aku
tarmasuk dari segi templat
nama blog juga akan ku tukar
haha...sekarang ni macam jiwang je nama

nantikan perubahan blog ni
dalam masa terdekat

lebih berinfomasi, lebih berteknologi, lebih canggih
beri sokongan anda terhadap saya...huhu


terima kasih
(^_^)

Monday, September 26, 2011

Akhirnya aku bergelar Alumni UTM

Assalamualaikum~

waa...penat minggu lepas tak habis lagi
dengan nak settlekan project company
dan juga KONVO...
waaaa....aku dah officially grad
Alhamdulillah

segala penat lelah belajar di UTM
selama 4 tahun, akhirnya aku dapat grad on time

seronok gak time2 konvo ni,
boleh la dapat jumpa kawan2 kelas yang dah 4 bulan tak jumpa
jadi macam2 cerita la yang keluar
ada yang dah kerja
ada yang belum
ada yang nak kawin
ada yang nak membujang

tak pe la, aku just nak tunjuk gambar sikit2 je
ok..daa~