Friday, December 23, 2011

Please be more creative

Assalamualaikum & salam sejahtera

Salam jumaat buat umat Islam khususnya.. So, apa sebenarnya ek aku nak cerita kali ni? ermmm...
Ok, kita bercerita tentang kreativiti. ok? ok la nyeiii pun adoi (apa pasal la aku asek terikut2 budak johan ni)..

macam ni la, ni pon saya cakap based on experience. pengalaman masa jadi student dulu almaklumlah, saya ni student mekatronik/robotik, so kalau final year project tu ramai la yang buat robot. tapi yang malangnya, kita sering terikut2 dengan cara dan design yang pernah di buat oleh orang lain.

sudah menjadi lumrah serta kebiasaannya, kita akan buat based kepada common design yang pernah orang lain buat. memang tak sama kalau di ikutkan dari segi meterial, saiz, akan tetapi reka bentuk seolah2 sama dengan yang orang lain dah buat. so, dimanakah kreativiti kita?

sebagai contoh kita nak buat hexapod robot (robot berkaki 6...6 ek? huhu).. kita akan jumpa banyak design2 dekat internet, journal, paper dan sebagainya berkenaan dengan hexapod robot ni. tapi macam mana kita nak olahkan robot ni supaya menjadi "milik" kita. sebab itu we have to be more creative. Yup, memang susah nak jadi kreatif ni. So macam mana nak jadi kreatif?

gunalah segala pancaindera, dan persekitaran kita sebagai contoh baca banyak artikel yang orang lain dah buat, tengok2 video dan gambar2 yang berkenaan, bertanya pendapat dan pandangan dari orang lain, dan berfikir di luar kotak pemikiran kita.

so, sebagai penghabisan, jom saya nak tunjuk perbezaan di antara "common" dan "creative" design based on hexapod robot


gambar di atas adalah common design hexapod robot. nak yang kreatif??? jom tengok video di bawah



nota kaki robot: saja gua cerita benda ni sebab dah terlalu banyak budak buat FYP kat UTM ni buat yang lebih kurang dengan yang lepas...so open our MInD ^_^

Wednesday, December 14, 2011

Singapore UAV???

Assalamualaikum & salam sejahtera

ni aku just nak tunjuk 1 video berkenaan dengan UAV (Unmanned Ariel Vehicle)
yang telah dibuat oleh penyelidik dari
National University of Singapore
iaitu jiran kita la

UAV ini adalah untuk pertandingan
UAVForge Competition (www.UAVForge.net).




nota kaki robot: selaku bekas student UTM, ...........................................................................................
(^_^)

Wednesday, December 7, 2011

WW#14 | Jawatan Kosong

nota kaki robot: gambaran di kilang-kilang yang menggunakan "automation system"

Saturday, December 3, 2011

Robot Developers + Architect = Awesome!!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ini memang menarik. bagi aku sangat menarik. mana tidaknya, apabila kepakaran dalam bidang robotik di gabungkan dengan kepakaran dalam bidang seni bina, hasilnya memang PPPPPPEERRRGHHHH!!!!!

yup, memang superb apabila dengan hanya menggunakan beberapa "quadrotor helicopter", ia dapat membina sebuah senibina yang boleh dibanggakan (#ehYeke?)..Akan tetapi, dalam proses sesebuah robot itu dapat membina sebuha hasil binaan yang mengagumkan, ia terpaksa melalui pelbagai fasa dan penambahan elemen terhadap robot tersebut.

Dengan di lengkapi sistem kepintaran buatan yang hebat seperti "image processing", "path planning", "self charging", "control algorithm" dan lain lagi membuatkan robot ini mampu membina sebuah senibina yang unik. Saksikanlah hasil gabungan kepakaran ETH Zurich roboticist Raffaello D'Andrea dan juga arkitek2 Fabio Gramazio and Matthias Kohler



charging station bagi Quadcopter

sebuah Quadcopter cuba meletakkan susunan bata

binaan robot yang hampir siap

Image processing untuk memberi koordinat sesebuah robot

nota kaki robot: 1 word......speechless