Monday, October 31, 2011

Small Helicopter UAV




Assalamualaikum & salam sejahtera

Amacam hari ini? sihat? bagus la kalau semua sihat-sihat belaka. ok, kali ini aku hendak menceritakan tenang teknologi UAV iaitu Unmanned Ariel Vehicle. Pada masa kini, teknologi UAV semakin berkembang pesat dan bayak syarikat-syarikat serta penyelidik telah dan juga sedang membangunkan teknologi UAV ini.

Pelbagai UAV telah dicipta dan direka dan kebanyakannya digunakan dalam bidang ketenteraan sebagai perisik seperti Predator dari US. Jadi berbalik topik kita kali ini, iaitu "Small Helicopter UAV". Terlalu banyak UAV dalam dunia ini tapi kenapa yang ini aku hendak kongsikan? Sebabnya, aku rasa UAV ini menarik walaupun ianya nampak ringkas.

Heli UAV ini di panggil INCEPTOP. Inceptor telah direka oleh sebuah syarikat inovatif iaitu Insitu dibawah naungan syarikat BOEING. dengan berat hanya 3.5lbs dan juga boleh dimuatkan dalah bonet kereta. Ia mampu terang diudara selama 24 minit, "take-off and landing autonomously" dan juga boleh dikawal secara semi-auto melalui skrin sesentuh.

adios~


nota kaki robot: lepas ni nak buat UAV jugak la...huhu

Friday, October 28, 2011

Robot VS World Champion

Assalamualaikum dan salam sejahtera

So, apa pula cerita yang aku nak kongsi hari ni? haa...cerita ni adalah berkaitan dengan Chess atau dalam BM nya adalah catur. Kepada peminat-peminat catur di seluruh dunia mesti akan ingat kepada bekas juara dunia catur pada tahun 2000 hingga 2007 iaitu Vladimir Kramnik.

apa yang menariknya di sini adalah juara dunia ini telah dicabar oleh sebuah robot yang di beri nama "Chess Terminator". Kramnik telah menjadi "sparring partner" kepada robot catur itu.

Di lengkapi dengan Kepintaran Buatan (A.I) yang mana amat tinggi tindak balasnya dan robot ini juga berupaya untuk tidak melakukan kesalahan besar semasa bermain catur.

Apa lagi. jom kita melihat bagaimana robot melawan manusia yang bukan calang-calang orang dalam pertandingan catur. siapa menang? siapa kalah? atau seri? sama-sama kita saksikan

adios~



nota kaki robot: aku yang pernah wakil sekolah dulu pon kompom kalah dengan robot ni..haha

Thursday, October 27, 2011

Google Self Driving Car





Assalamualaikum dan salam sejahtera

Google seperti mana yang kita tahu atau lebih familiar adalah sebuah syarikat yang menyediakan enjin pencarian yang terbesar dan juga paling popular di dunia. google juga terkenal dengan rangkaian perniagaan yang besar dan banyak produk-produk yang berkualiti telah hi hasilkan seperti Youtube, Google+, Google IO dan pelbagai lagi.

tapi kini, google telah selangkah maju ke hadapan dengan projek Self Driving Car mereka. Projek yang sebelum di rahsiakan tapi kini telah di sebarkan kepadan orang ramai. Dengan menggunakan kereta Toyota Prius, google telah mencipta sebuah kereta robotik di mana ia mampu bergerak sendiri dalam pelbagai keadaan seperti kesibukan trafik, mengikut arahan lampu isyarat juga jalan berbukit. Akan tetapi, projek ini masih jauh lagiuntuk di di pasarkan kepada orang awam.

adios~









nota kaki robot: bila lagi kat Malayia nak develop ikot skala kereta macam ni

Thursday, October 20, 2011

Electroadhesive: gripper untuk robot anda

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hari ni aku nak berkongsi lagi satu benda untuk korang semua. benda yang aku nak kongsikan adalah sebuah gripper. Gripper Electroadhesive ini telah direka oleh SRI International. juga di kenali sebagai Stanford Research Institute.

gripper ini telah di reka untuk grip barang menggunakan "electricity". ia juga membolehkan gripper ini memegang pelbagai bentuk barang yang mempunyai pelbagai saiz. Kebiasaannya kita dapat melihat gripper tradisional agak sukar untuk memegang barang jika barang itu terdiri dari pelbagai bentuk dan saiz.

dengan cara indue charge pada permukaan gripper, ia akan menjadikan permukaan gripper seolah-olah melekit. teknologi ini juga boleh digunakan untuk mengganti teknologi gripper sebelum ini yang menggunakan motor atau pneumatik sistem.

adios~



sumber: SRI International

nota kaki robot: dulu waktu gua join robocon, gua x dapat nak mencuba pelbagai jenis gripper...sedey....huuu

Wednesday, October 19, 2011

Facebook? bukan untuk korang tapi untuk Robot korang



Assalamualaikum dan salam sejahtera

ramai di antara kita telah dan sudah pasti selalu berdampingan dengan Facebook. update status, membalas komen orang, menjadi stalker (haha...bukan ye).. tapi korang kena ingat, sekarang ni bukan hanya korang je ada FB ni, tapi robot korang pon boleh ada FB juga.

haaa...percaya atau tidak. FB untuk robot korang ni di beri nama "Robot Box". Robot Box ni kira macam laman sosial untuk robot korang la walaupun bukan robot korang yang mainkan. dekat sana, korang bolehlah menceritakan perihal robot korang. kira macam buat profile untuk robot korang la.

korang juga boleh bertukar-turak pendapat, dan borak-borak dengan robot lain (owner robot).
apa macam bagi pencinta robot. Tujuan ini adalah untuk suka-suka. macam korang juga yang bermain FB...

"You can almost think of RobotBox like a cross between your personal portfolio and a social network. Gather all your projects in one place, and share them with the world. It’ll be good for you, and good for other people!" – RobotBox About Page

adios~

nota kaki robot: gua macam nak letak robot FYP gua...tapi segan la pulak...kikiki

Real Steel - Robot dan Manusia







Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku rasa tidak ada salahnya untuk aku post tentang movie Real Steel sebab benda ni pon kira berkaitan jugalah dengan dunia robotik. Mungkin ada di antara kita yang menganggap bahawa robot dalam cerita Real Steel ini adalah fiksyen semata-mata, tapi bagi aku benda ini tidak mustahil untuk terjadi.

Sekarang pun kita dalam lihat pelbagai perkembangan, pelbagai penyelidikan yang di lakukan dalam bidang robotik sama ada kita sedar atau tidak juga kita tidak perasan.

korang juga dapat lihat yang permainan Robot lawan robot ni telah pon di mainkan di banyak negara tapi dengan menggunakan scale atau skala yang lebih kecil. Juga masih di kawal oleh manusia.

Amacam? terpegun melihat Real Steel? Aku pun tidak ketinggalan terpegun (cewah) melihat bagaimana mereka gabungkan elemen teknologi canggih dengan persekitaran yang lama.

adios~


aaa...yang ni real steel yang ada time sekarang ni...skala kecik je beb

nota kaki robot: siapa yang minat robot2 ni macam aku, korang boleh la pergi tengok. ikot korang la, nak tengok wayang ke, download ke, janji korang tengok...

Swarmanoid: kerjasama antara robot

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kali ni aku nak bercerita mengenai robot swarm pula. Apa itu swarm robot? Swarm robot adalah terdiri darpada beberapa buah robot yang di programkan mempunyai kepintaran untuk berkomunikasi dan berfikir bagi membuat atau menyelesaikan sesuatu kerja. (definisi dari pemahaman gua...huhu)

teknologi swarm ini semakin berkembang dan ramai penyelidik-penyelidik dari serata dunia sedang dan telah membangunkan sistem ini. sistem ini boleh dikatakan juga merujuk kepada cara bagaimana serangga (contoh: semut) bekerjasama dan berinteraksi antara satu sama lain.

Swarmanoid ini adalah salah satu teknologi robot yang di cipta mengikut cara "Swarm Intelligent".
beberapa buah robot bekerjasama untuk melakukan satu tugasan mengambil sebuah buku di rak buku. Kumpulan Swarmanoid ini terdiri daripada beberapa mobile robot kecil, gripper robot, dan juga heli-robot.

robot-robot ini mampu bergabung seperti yang kita lihat dalam cerita Transformers. Swarmanoid ini telah dicipta oleh penyelidik-penyelidik daripada Universite Libre de Bruxelles di Belgium. Jom lihat sedikit gambar dan bagaimana mereka beraksi dalam tugas mencuri sebuah buku....





Nota kaki robot: memang gempak r robot ni..ni yang buat gua teringin nak buat...haha

Tuesday, October 18, 2011

IROS 2011


Assalamualaikum & salam sejahtera

kali ni aku nak bercerita tentang satu Expo berkaitan dengan dunia robotik yang baru sahaja berlangsung pada bulan lepas. IROS 2011 atau nama penuhnya IEEE International Conference on Intelligent Robots and System (IROS). Expo serta conference ini telah berlangsung di San Fransisco, California dimana ia telah di hadiri oleh beratus-ratus pencinta serta penyelidik yang hebat dalam bidang robotik.

Ia juga adalah sempena sambutan 50 tahun dunia Robotik.Pelbagai acara di langsungkan di sana dan yang paling menarik perhatian semestinya pameran robot dari pelbagai syarikat-syarikat besar dan juga dari institusi-institusi pengajian tinggi yang tidak kurang hebatnya.

jadi, korang layan la gambar-gambar serta video yang aku nak sajikan untuk korang ni...

adios~






nota kaki robot: gua mengidam nak pergi expo2 yang berkaitan dengan robot. asek expo kereta je yang ada dekat Malaysia ni...

Bermula lembaran baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sekarang bermulalah lembaran atau tirai baru bagi blog aku ni. Update-update selepas ini adalah lebih menjurus kepada perkongsian teknologi-teknologi automation dan juga robotik yang akan aku olah sebaik mungkin mengikut kefahaman aku (perghh....tulis skema beb)


nota kaki robot: gua kena belajar tulis skema..haha

Monday, October 17, 2011

Membuat Perubahan Besar

Assalamualaikum~

sebenarnya aku dah kekurangan
atau dengan kata lain
aku dah tak ada idea untuk menulis blog lagi

tapi akhirnya aku mendapat 1 ilham
aku ingin membuat perubahan besar terhadap blog aku
tarmasuk dari segi templat
nama blog juga akan ku tukar
haha...sekarang ni macam jiwang je nama

nantikan perubahan blog ni
dalam masa terdekat

lebih berinfomasi, lebih berteknologi, lebih canggih
beri sokongan anda terhadap saya...huhu


terima kasih
(^_^)