Friday, December 23, 2011

Please be more creative

Assalamualaikum & salam sejahtera

Salam jumaat buat umat Islam khususnya.. So, apa sebenarnya ek aku nak cerita kali ni? ermmm...
Ok, kita bercerita tentang kreativiti. ok? ok la nyeiii pun adoi (apa pasal la aku asek terikut2 budak johan ni)..

macam ni la, ni pon saya cakap based on experience. pengalaman masa jadi student dulu almaklumlah, saya ni student mekatronik/robotik, so kalau final year project tu ramai la yang buat robot. tapi yang malangnya, kita sering terikut2 dengan cara dan design yang pernah di buat oleh orang lain.

sudah menjadi lumrah serta kebiasaannya, kita akan buat based kepada common design yang pernah orang lain buat. memang tak sama kalau di ikutkan dari segi meterial, saiz, akan tetapi reka bentuk seolah2 sama dengan yang orang lain dah buat. so, dimanakah kreativiti kita?

sebagai contoh kita nak buat hexapod robot (robot berkaki 6...6 ek? huhu).. kita akan jumpa banyak design2 dekat internet, journal, paper dan sebagainya berkenaan dengan hexapod robot ni. tapi macam mana kita nak olahkan robot ni supaya menjadi "milik" kita. sebab itu we have to be more creative. Yup, memang susah nak jadi kreatif ni. So macam mana nak jadi kreatif?

gunalah segala pancaindera, dan persekitaran kita sebagai contoh baca banyak artikel yang orang lain dah buat, tengok2 video dan gambar2 yang berkenaan, bertanya pendapat dan pandangan dari orang lain, dan berfikir di luar kotak pemikiran kita.

so, sebagai penghabisan, jom saya nak tunjuk perbezaan di antara "common" dan "creative" design based on hexapod robot


gambar di atas adalah common design hexapod robot. nak yang kreatif??? jom tengok video di bawah



nota kaki robot: saja gua cerita benda ni sebab dah terlalu banyak budak buat FYP kat UTM ni buat yang lebih kurang dengan yang lepas...so open our MInD ^_^

Wednesday, December 14, 2011

Singapore UAV???

Assalamualaikum & salam sejahtera

ni aku just nak tunjuk 1 video berkenaan dengan UAV (Unmanned Ariel Vehicle)
yang telah dibuat oleh penyelidik dari
National University of Singapore
iaitu jiran kita la

UAV ini adalah untuk pertandingan
UAVForge Competition (www.UAVForge.net).




nota kaki robot: selaku bekas student UTM, ...........................................................................................
(^_^)

Wednesday, December 7, 2011

WW#14 | Jawatan Kosong

nota kaki robot: gambaran di kilang-kilang yang menggunakan "automation system"

Saturday, December 3, 2011

Robot Developers + Architect = Awesome!!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ini memang menarik. bagi aku sangat menarik. mana tidaknya, apabila kepakaran dalam bidang robotik di gabungkan dengan kepakaran dalam bidang seni bina, hasilnya memang PPPPPPEERRRGHHHH!!!!!

yup, memang superb apabila dengan hanya menggunakan beberapa "quadrotor helicopter", ia dapat membina sebuah senibina yang boleh dibanggakan (#ehYeke?)..Akan tetapi, dalam proses sesebuah robot itu dapat membina sebuha hasil binaan yang mengagumkan, ia terpaksa melalui pelbagai fasa dan penambahan elemen terhadap robot tersebut.

Dengan di lengkapi sistem kepintaran buatan yang hebat seperti "image processing", "path planning", "self charging", "control algorithm" dan lain lagi membuatkan robot ini mampu membina sebuah senibina yang unik. Saksikanlah hasil gabungan kepakaran ETH Zurich roboticist Raffaello D'Andrea dan juga arkitek2 Fabio Gramazio and Matthias Kohler



charging station bagi Quadcopter

sebuah Quadcopter cuba meletakkan susunan bata

binaan robot yang hampir siap

Image processing untuk memberi koordinat sesebuah robot

nota kaki robot: 1 word......speechless

Tuesday, November 29, 2011

Mechanical Robot Construction Workshop








Assalamualaikum & Salam Sejahtera

selalu aku cerita pasal dunia robotik yang canggih2 dekat luar tu. kali ni aku just nak bercerita pasal workshop yang baru kitorang jalankan berkenaan dengan "mechanical robot construction workshop" iaitu bagaimana nak construct mekanikal struktur sesebuah robot untuk masuk sesuatu pertandingan seperti MUROC, ROBOCON dan lain2..

workshop ni di jalankan di USIM (Universiti Sains Inslam Malaysia) dan di sertai oleh ahli2 kelab robotik USIM. Alhamdulillah, kitorang dapat pengalaman baru tentang cara mengajar orang lain. huhu.. dapt juga berkongsi ilmu serta pengalaman dengan orang lain.

harap akan ada lebih invitation dari tempat lain pula.. [^_^]


member aku tengah bagi penerangan

peserta tekun mendengar "ceramah"
aku berkongsi sedikit pengalaman
teliti ye bang....huhu
aku tengah nak deal new project dengan timbalan dekan
jangan salah ukur sudah..... =)
ending chapter
dari "zero" to "hero"

nota kaki robot: kalau2 nak ajak kami datang bagi workshop, jangan la segan untuk hubungi kami.

Saturday, November 19, 2011

Robotic Festival @ National Science Center

Assalamualaikum & Salam sejahtera


nota kaki robot: jom ramai2 kita meriahkan festival robotik ni [-_-]

Ulaq besaq habaq hang!!! (robot version)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Ni aku nak mai cherita kat hang pa semua. Apa? Dok ehh....tak bohong tang mana pon. ni betui punya mari baq hang. Depa doq cipta robot ulaq besaaa... ulaq ni depa "Titanoboa" yang mana nama sempena ulaq yang sebenar yang sama saiz baq hangggg...

ni aku bukan nak kalut apa, ulaq robot ni besa dia ada la dalam 15meter. betui baq hang.. 15meter tuu...untuk gerakkan ulaq ni, depa guna beteri lithium-ion ja, tapi ulaq ni boleh keluaqkan output sebanyak 18 kuasa kuda bq hanggg...maknanya, senang2 la dia nak belit mangsa. (aku tak paham awat depa buat robot ni..haha)


(amacam? besaq tak?)

saja ja aku nak kongsi dengan hangpa semua pasai apa, pasai aku tengok benda ni "rare"..huhu
mai kita tengok video dia pulak na



nota kaki robot: macam2 benda diorang nak reka...huhu...btw, menarik juga

Friday, November 18, 2011

Robot Farmers a.k.a pembantu pakcik pekebun

nota kaki robot: ape pasal nota kaki robot ni kat atas plak?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

apa macam hari ni? ada meriah. kepada Malaysia, saya ucapkan tahniah di atas kejayaan menentang Indonesia sebentar tadi. tapi jangan lupa diri pula lepas ni sebab masih ada perjuangan yang belum selesai.

So, bercerita tentang perjuangan, ni ha perjuangan aku pon belum selesai lagi. huhu.. apa yang aku maksudkan adalah mengupdate blog. Jadi cerita aku kali ini adalah untuk pekebun-pekebun atau peladang-peladang di Dunia secara am nya. Dengan teknologi yang pesat membangun, kita dapat lihat penggunaan robot untuk menuai tanaman. amacam? best? this is best bro...kikiki. Robot yang digunakan untuk memindahkan beratus-ratus pasu yang semestinya memenatkan pakcik-pakcik pekebun...

amacam? style gak kan? tu pendapat aku la...tak tau la korang plak

Sebelum korang nak chaow dari blog ni, aku nak ugut korang untuk tengok video ni sampai habis. =P

Sunday, November 13, 2011

Humanoid robot a.k.a real steel to be?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Cerita banyak tak guna, tendang tak kena, mai layan video ni. [^_^]



nota kaki robot: nak kumpul duit beli kinect sensor =)

Wednesday, November 2, 2011

Paparazzi a.k.a Roborazzi

Assalamualaikum & salam sejahtera

korang semua tahu apa itu paparazzi? mesti tau kannye pun adoi (haha...terikut2 style johan RL).
jadi korang semua ingat manusia je yang bley jadi paparadzi. haaa, ni aku nak tunjuk yang robot pun ada juga yang jadi paparazzi cuma nama dia bukan "papa" la tapi Roborazzi.

Roborazzi ini mampu untuk mengambil gambar-gambar orang ramai dalam majlis-majlis keramaian, pesta dan lain-lain secara AUTONOMOUS. ye autonomous iaitu mampu bergerak sendiri tanpa bantuan manusia untuk mengambil gambar.

dengan teknologi "kinect sensor" keluaran Microsoft, ia mampu mengenal, mengesan dan berfungsi secara A.I (kepintaran buatan) untuk mengambil gambar. Robot ini telah di bangunkan oleh pihak Microsoft Robotics. Jom kita lihat video. tenok sampai habis ye. =)

adios~



nota kaki robot: ni pon best gak kalau aku buat...huhu

Monday, October 31, 2011

Small Helicopter UAV




Assalamualaikum & salam sejahtera

Amacam hari ini? sihat? bagus la kalau semua sihat-sihat belaka. ok, kali ini aku hendak menceritakan tenang teknologi UAV iaitu Unmanned Ariel Vehicle. Pada masa kini, teknologi UAV semakin berkembang pesat dan bayak syarikat-syarikat serta penyelidik telah dan juga sedang membangunkan teknologi UAV ini.

Pelbagai UAV telah dicipta dan direka dan kebanyakannya digunakan dalam bidang ketenteraan sebagai perisik seperti Predator dari US. Jadi berbalik topik kita kali ini, iaitu "Small Helicopter UAV". Terlalu banyak UAV dalam dunia ini tapi kenapa yang ini aku hendak kongsikan? Sebabnya, aku rasa UAV ini menarik walaupun ianya nampak ringkas.

Heli UAV ini di panggil INCEPTOP. Inceptor telah direka oleh sebuah syarikat inovatif iaitu Insitu dibawah naungan syarikat BOEING. dengan berat hanya 3.5lbs dan juga boleh dimuatkan dalah bonet kereta. Ia mampu terang diudara selama 24 minit, "take-off and landing autonomously" dan juga boleh dikawal secara semi-auto melalui skrin sesentuh.

adios~


nota kaki robot: lepas ni nak buat UAV jugak la...huhu

Friday, October 28, 2011

Robot VS World Champion

Assalamualaikum dan salam sejahtera

So, apa pula cerita yang aku nak kongsi hari ni? haa...cerita ni adalah berkaitan dengan Chess atau dalam BM nya adalah catur. Kepada peminat-peminat catur di seluruh dunia mesti akan ingat kepada bekas juara dunia catur pada tahun 2000 hingga 2007 iaitu Vladimir Kramnik.

apa yang menariknya di sini adalah juara dunia ini telah dicabar oleh sebuah robot yang di beri nama "Chess Terminator". Kramnik telah menjadi "sparring partner" kepada robot catur itu.

Di lengkapi dengan Kepintaran Buatan (A.I) yang mana amat tinggi tindak balasnya dan robot ini juga berupaya untuk tidak melakukan kesalahan besar semasa bermain catur.

Apa lagi. jom kita melihat bagaimana robot melawan manusia yang bukan calang-calang orang dalam pertandingan catur. siapa menang? siapa kalah? atau seri? sama-sama kita saksikan

adios~



nota kaki robot: aku yang pernah wakil sekolah dulu pon kompom kalah dengan robot ni..haha

Thursday, October 27, 2011

Google Self Driving Car





Assalamualaikum dan salam sejahtera

Google seperti mana yang kita tahu atau lebih familiar adalah sebuah syarikat yang menyediakan enjin pencarian yang terbesar dan juga paling popular di dunia. google juga terkenal dengan rangkaian perniagaan yang besar dan banyak produk-produk yang berkualiti telah hi hasilkan seperti Youtube, Google+, Google IO dan pelbagai lagi.

tapi kini, google telah selangkah maju ke hadapan dengan projek Self Driving Car mereka. Projek yang sebelum di rahsiakan tapi kini telah di sebarkan kepadan orang ramai. Dengan menggunakan kereta Toyota Prius, google telah mencipta sebuah kereta robotik di mana ia mampu bergerak sendiri dalam pelbagai keadaan seperti kesibukan trafik, mengikut arahan lampu isyarat juga jalan berbukit. Akan tetapi, projek ini masih jauh lagiuntuk di di pasarkan kepada orang awam.

adios~









nota kaki robot: bila lagi kat Malayia nak develop ikot skala kereta macam ni

Thursday, October 20, 2011

Electroadhesive: gripper untuk robot anda

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hari ni aku nak berkongsi lagi satu benda untuk korang semua. benda yang aku nak kongsikan adalah sebuah gripper. Gripper Electroadhesive ini telah direka oleh SRI International. juga di kenali sebagai Stanford Research Institute.

gripper ini telah di reka untuk grip barang menggunakan "electricity". ia juga membolehkan gripper ini memegang pelbagai bentuk barang yang mempunyai pelbagai saiz. Kebiasaannya kita dapat melihat gripper tradisional agak sukar untuk memegang barang jika barang itu terdiri dari pelbagai bentuk dan saiz.

dengan cara indue charge pada permukaan gripper, ia akan menjadikan permukaan gripper seolah-olah melekit. teknologi ini juga boleh digunakan untuk mengganti teknologi gripper sebelum ini yang menggunakan motor atau pneumatik sistem.

adios~



sumber: SRI International

nota kaki robot: dulu waktu gua join robocon, gua x dapat nak mencuba pelbagai jenis gripper...sedey....huuu

Wednesday, October 19, 2011

Facebook? bukan untuk korang tapi untuk Robot korang



Assalamualaikum dan salam sejahtera

ramai di antara kita telah dan sudah pasti selalu berdampingan dengan Facebook. update status, membalas komen orang, menjadi stalker (haha...bukan ye).. tapi korang kena ingat, sekarang ni bukan hanya korang je ada FB ni, tapi robot korang pon boleh ada FB juga.

haaa...percaya atau tidak. FB untuk robot korang ni di beri nama "Robot Box". Robot Box ni kira macam laman sosial untuk robot korang la walaupun bukan robot korang yang mainkan. dekat sana, korang bolehlah menceritakan perihal robot korang. kira macam buat profile untuk robot korang la.

korang juga boleh bertukar-turak pendapat, dan borak-borak dengan robot lain (owner robot).
apa macam bagi pencinta robot. Tujuan ini adalah untuk suka-suka. macam korang juga yang bermain FB...

"You can almost think of RobotBox like a cross between your personal portfolio and a social network. Gather all your projects in one place, and share them with the world. It’ll be good for you, and good for other people!" – RobotBox About Page

adios~

nota kaki robot: gua macam nak letak robot FYP gua...tapi segan la pulak...kikiki

Real Steel - Robot dan Manusia







Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku rasa tidak ada salahnya untuk aku post tentang movie Real Steel sebab benda ni pon kira berkaitan jugalah dengan dunia robotik. Mungkin ada di antara kita yang menganggap bahawa robot dalam cerita Real Steel ini adalah fiksyen semata-mata, tapi bagi aku benda ini tidak mustahil untuk terjadi.

Sekarang pun kita dalam lihat pelbagai perkembangan, pelbagai penyelidikan yang di lakukan dalam bidang robotik sama ada kita sedar atau tidak juga kita tidak perasan.

korang juga dapat lihat yang permainan Robot lawan robot ni telah pon di mainkan di banyak negara tapi dengan menggunakan scale atau skala yang lebih kecil. Juga masih di kawal oleh manusia.

Amacam? terpegun melihat Real Steel? Aku pun tidak ketinggalan terpegun (cewah) melihat bagaimana mereka gabungkan elemen teknologi canggih dengan persekitaran yang lama.

adios~


aaa...yang ni real steel yang ada time sekarang ni...skala kecik je beb

nota kaki robot: siapa yang minat robot2 ni macam aku, korang boleh la pergi tengok. ikot korang la, nak tengok wayang ke, download ke, janji korang tengok...

Swarmanoid: kerjasama antara robot

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kali ni aku nak bercerita mengenai robot swarm pula. Apa itu swarm robot? Swarm robot adalah terdiri darpada beberapa buah robot yang di programkan mempunyai kepintaran untuk berkomunikasi dan berfikir bagi membuat atau menyelesaikan sesuatu kerja. (definisi dari pemahaman gua...huhu)

teknologi swarm ini semakin berkembang dan ramai penyelidik-penyelidik dari serata dunia sedang dan telah membangunkan sistem ini. sistem ini boleh dikatakan juga merujuk kepada cara bagaimana serangga (contoh: semut) bekerjasama dan berinteraksi antara satu sama lain.

Swarmanoid ini adalah salah satu teknologi robot yang di cipta mengikut cara "Swarm Intelligent".
beberapa buah robot bekerjasama untuk melakukan satu tugasan mengambil sebuah buku di rak buku. Kumpulan Swarmanoid ini terdiri daripada beberapa mobile robot kecil, gripper robot, dan juga heli-robot.

robot-robot ini mampu bergabung seperti yang kita lihat dalam cerita Transformers. Swarmanoid ini telah dicipta oleh penyelidik-penyelidik daripada Universite Libre de Bruxelles di Belgium. Jom lihat sedikit gambar dan bagaimana mereka beraksi dalam tugas mencuri sebuah buku....





Nota kaki robot: memang gempak r robot ni..ni yang buat gua teringin nak buat...haha

Tuesday, October 18, 2011

IROS 2011


Assalamualaikum & salam sejahtera

kali ni aku nak bercerita tentang satu Expo berkaitan dengan dunia robotik yang baru sahaja berlangsung pada bulan lepas. IROS 2011 atau nama penuhnya IEEE International Conference on Intelligent Robots and System (IROS). Expo serta conference ini telah berlangsung di San Fransisco, California dimana ia telah di hadiri oleh beratus-ratus pencinta serta penyelidik yang hebat dalam bidang robotik.

Ia juga adalah sempena sambutan 50 tahun dunia Robotik.Pelbagai acara di langsungkan di sana dan yang paling menarik perhatian semestinya pameran robot dari pelbagai syarikat-syarikat besar dan juga dari institusi-institusi pengajian tinggi yang tidak kurang hebatnya.

jadi, korang layan la gambar-gambar serta video yang aku nak sajikan untuk korang ni...

adios~






nota kaki robot: gua mengidam nak pergi expo2 yang berkaitan dengan robot. asek expo kereta je yang ada dekat Malaysia ni...

Bermula lembaran baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sekarang bermulalah lembaran atau tirai baru bagi blog aku ni. Update-update selepas ini adalah lebih menjurus kepada perkongsian teknologi-teknologi automation dan juga robotik yang akan aku olah sebaik mungkin mengikut kefahaman aku (perghh....tulis skema beb)


nota kaki robot: gua kena belajar tulis skema..haha

Monday, October 17, 2011

Membuat Perubahan Besar

Assalamualaikum~

sebenarnya aku dah kekurangan
atau dengan kata lain
aku dah tak ada idea untuk menulis blog lagi

tapi akhirnya aku mendapat 1 ilham
aku ingin membuat perubahan besar terhadap blog aku
tarmasuk dari segi templat
nama blog juga akan ku tukar
haha...sekarang ni macam jiwang je nama

nantikan perubahan blog ni
dalam masa terdekat

lebih berinfomasi, lebih berteknologi, lebih canggih
beri sokongan anda terhadap saya...huhu


terima kasih
(^_^)

Monday, September 26, 2011

Akhirnya aku bergelar Alumni UTM

Assalamualaikum~

waa...penat minggu lepas tak habis lagi
dengan nak settlekan project company
dan juga KONVO...
waaaa....aku dah officially grad
Alhamdulillah

segala penat lelah belajar di UTM
selama 4 tahun, akhirnya aku dapat grad on time

seronok gak time2 konvo ni,
boleh la dapat jumpa kawan2 kelas yang dah 4 bulan tak jumpa
jadi macam2 cerita la yang keluar
ada yang dah kerja
ada yang belum
ada yang nak kawin
ada yang nak membujang

tak pe la, aku just nak tunjuk gambar sikit2 je
ok..daa~



Friday, September 16, 2011

Housemate "terpenjara"



Assalamualaikum~

lama aku tak update blog tiba2 aku di datangai oleh 1 cerita yang agak lucu bagi aku
cerita dia macam ni (versi yang di ringkaskan),
lepas solat jumaat tadi aku pon keluar la rumah pergi buat kerja
(hari cuti pon gua kerja ok!!!)

buat punya buat punya buat
tiba2 dalam nak dekat2 pukul 6 petang,
ada orang call

tengok2 housemate aku call
pelik, awat tiba2 dia call aku
rupa2nya dia dah "terpenjara" dekat rumah sewa kitorang
maksud terpenjara tu
rumah sewa kitorang ni flat je la ok...save budjet
sebelum nak buka pintu rumah, ada ruang tempat letak kasut dan 1 grill pagar
so, dia ni nak keluar rumah
tapi terlupalah bawa kunci...

bila dah lock pintu dan nak buka kunci grill pagar
baru lah dia perasan yang dia dah "terpenjara"

nasib baik lah aku buat kerja aku dekat UTM je
kalau tak...perghhh....
merana beb kena "penjara" buatan sendiri

(nasib baik x potong pagar tu)

p/s: pengajaran untuk aku check kunci sebelum keluar rumah

Sunday, September 4, 2011

terima kasih

Assalamualaikum~

terima kasih banyak2 pada junior robocon
yang telah bagi aku cenderahati dari Thailand
sewaktu mereka pergi ke
pertandingan Robocon peringkat antarabangsa

haha.....tq2
i like~


tut tut~

Monday, August 29, 2011

belum raya gua dah dapat duit raya





Assalamualaikum~

gua bukan apa
bukan nak berlagak ke apa la kan

gua belum beraya lagi
tapi gua dah dapat duit raya
yang gua tak sangka nya ei pon adoii
gua dah habis belajar
dan dah "kerja"
tapi gua dapat dapat juga...haha

rezeki jangan di tolak
orang dah bagi kita ambil je la
~peace~
Selamat Hari Raya semua

belum usha lagi

rezeki2~boleh buat duit minyak