Monday, September 26, 2011

Akhirnya aku bergelar Alumni UTM

Assalamualaikum~

waa...penat minggu lepas tak habis lagi
dengan nak settlekan project company
dan juga KONVO...
waaaa....aku dah officially grad
Alhamdulillah

segala penat lelah belajar di UTM
selama 4 tahun, akhirnya aku dapat grad on time

seronok gak time2 konvo ni,
boleh la dapat jumpa kawan2 kelas yang dah 4 bulan tak jumpa
jadi macam2 cerita la yang keluar
ada yang dah kerja
ada yang belum
ada yang nak kawin
ada yang nak membujang

tak pe la, aku just nak tunjuk gambar sikit2 je
ok..daa~



Friday, September 16, 2011

Housemate "terpenjara"



Assalamualaikum~

lama aku tak update blog tiba2 aku di datangai oleh 1 cerita yang agak lucu bagi aku
cerita dia macam ni (versi yang di ringkaskan),
lepas solat jumaat tadi aku pon keluar la rumah pergi buat kerja
(hari cuti pon gua kerja ok!!!)

buat punya buat punya buat
tiba2 dalam nak dekat2 pukul 6 petang,
ada orang call

tengok2 housemate aku call
pelik, awat tiba2 dia call aku
rupa2nya dia dah "terpenjara" dekat rumah sewa kitorang
maksud terpenjara tu
rumah sewa kitorang ni flat je la ok...save budjet
sebelum nak buka pintu rumah, ada ruang tempat letak kasut dan 1 grill pagar
so, dia ni nak keluar rumah
tapi terlupalah bawa kunci...

bila dah lock pintu dan nak buka kunci grill pagar
baru lah dia perasan yang dia dah "terpenjara"

nasib baik lah aku buat kerja aku dekat UTM je
kalau tak...perghhh....
merana beb kena "penjara" buatan sendiri

(nasib baik x potong pagar tu)

p/s: pengajaran untuk aku check kunci sebelum keluar rumah

Sunday, September 4, 2011

terima kasih

Assalamualaikum~

terima kasih banyak2 pada junior robocon
yang telah bagi aku cenderahati dari Thailand
sewaktu mereka pergi ke
pertandingan Robocon peringkat antarabangsa

haha.....tq2
i like~


tut tut~